Friday, 15 August 2008

Kuih Lapis Pandan

6


Takde color merah.. ada hijau je.. ag pun ada daun pandan.. emm.. jadi la kan.. resepi ni dapat dari sini.. yang tu color merah..

bahan2:-

1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula ... bleh tambah kot suke manis
2 1/2 cwn santan.. tambah jika perlu
1/2 cwn air pandan
sket pewarna hijau .. nak bg color cun sket
1 st garam


cara2:-

  • panaskan periuk kukus.. sapukan loyang ngan sket minyak..
  • campur semua bahan dalam satu bekas.. kecuali air pandan n pewarna hijau..
  • tapiskan adunan dan bahagi 2..
  • satu bahagian letak air pandan dan color hijau tuh..
  • satu bahagian ag biar tanpa warna..
  • mulakan lapisan tanpa warna.. kukus sampai masak.. agak2 5 min..
  • dah betul2 masak.. baru wat lapisan seterusnya color hijau.. kukus ag sampai lapisan tu masak..
  • ulang selang seli sampai abis..

ingat kena bagi setiap lapisan betul2 masak.. baru bleh kopek selai2 bila makan.. cam budak2 makan tuh.. aku pun suke makan selai2 sebenarnya.. eheh..


2 comments:

ieyja said...

adohh..cepat la bubuh..nk mkn kuih nih la kak..

RuHiL said...

ieyja.. dah bubuh dah.. ehehe..