Wednesday, 30 March 2011

Kole Kacang


kole kacang3

kole kacang2
rujukan resepi : My Resepi




Bahan:
1 cwn santan pekat (aku guna santan tin - 1/2 tin cakoah)

2 sb gula pasir *
1 cwn gula merah *
1 cwn air *
1 helai daun pandan *


2 cwn santan cair
1 cwn tepung kacang hijau (aku wat sendirik sbb tiada dipasaran Sheffield)
secubit garam


Aku da penah wat kole kacang ni 3 kali rasanya..alhamdulillah aku sendirik suka..! kah kah kah.. klu aku tak suka sapa lagi nak makan iye tak.. tapi satu yg leceh nak buat.. dlm erti kata masa aku rajin je la boleh wat ni.. aku terpaksa buat tepung kacang hijau sendirik.. kat sini mana pulak nak beli nye ntah..klu kat mesia tu senang kut jumpa tepung ni.. dulu tak penah carik pon.. sbb kalau nak makan kuih ni beli je lajawabnya.. so how..??? aku blend kering split moong bean (kacang hijau yg terbelah) yg ada jual kat kedai pakistan tu.. kalau kacang hijau biasa pon tape agaknya.. sbb aku jumpa yg terbelah aku beli je yg tu.. ehehe.. klu rajin nak sangai boleh gak kut.. aku da tak sabor.. blend kemudian ayak.. kalau baki ayak tu banyak lagi.. blend la semula.. then ayak lagi.. jangan membazir.. hasilnya tade la sehalus tepung biasa tu.. kasar la sikit.. maklumla handmade....

bila da dpt 1 cwn tepung kacang hijau ni..boleh la mula operasi... tak bnyk pon..bunyik mcm susah sangat je ek.. tak susah pon sbnrnya.. heeeEeeeeee...


Cara:
masuk santan pekat tu ke dalam kuali.. masak sampai jadi taik minyak.. klu jenis tak sabar macam aku ni.. bukak je api besar.. tapi sentiasa kacau.. sampai la jadi taik minyak tu..jangan hangit okay..! dah tu.. ketepikan taik minyak tu dalam bekas lain.. tglkan minyak die dalam kuali tu tadi.. kira minyak kelapa la tu kan.. ;)

skang masukkan semua bahan bertanda * dlm periuk.. masak sampai gula merah tu larut.. ketepikan...

campurkan tepung kacang hijau, santan cair dan garam.. kacau sebati..

kemudian masukkan adunan tepung kacang hijau dan air gula ke dalam kuali yg ada lebihan minyak kelapa tadi.. masak sehingga adunan tu pekat.. proses yg ni amik masa.. mula2 aku bukak api slow je.. sbb nak pastikan tepung kacang hijau tu masak betul2.. yela tepung aku ni tak sehalus tepung kacang hijau yg beli tu.. bila agak masak.. ala2 kembang tepung yg kasar tu.. boleh la bukak api sederhana dan terus kacau.. kira macam latihan tangan ni..! lenguh tak lenguh tu ikut tahap masing2 la kan.. ehehehe... dah pekat, boleh la tuang dlm bekas or loyang..

taburkan taik minyak kat atasnya.. dah sejuk boleh la potong.. pada aku dah menang da rasa kole kacang ni.. bahan yg boleh didapati n tak la susah sangat nak buat.. cuma kena rajin sikit je.. heEeeeee....

4 comments:

Ajzie said...

kreatip betul la Ruhil.. kak zi mmg suka kuih ni..... wahhhhh mana ku nak cari tepung kacang hijau niiii.. helepppppppppppppp.. Nak buat tak mampu buat masa ini.. Malasssssss

to kak ajzie said...

ahahahaha.... malassss tu klu buang sume jadik tu kan.. kretip tak kretip ni sume terjadik masa ngandungkan aleeya dulu.. tingin saaangggat nak makan..! blender kacang ijau jugak la masa tu nak dapatkan tepung kacang ijau tu.. uhuhuhuw...

IdaShazana said...

mmmmm...1st time datang, terus tergoda

Anonymous said...

Your сurrent ρoѕt offers сonfirmed usеful
to me personally. It’s еxtrеmely educatiοnal and you really аre certainly quite exрerienceԁ in
thiѕ аrea. You have gοt eхρosed our eyеs to numeгous
opinion of thiѕ matter togetheг wіth intriguing, notable and sound artіcles.


My wеb pаge ... buy ambien online