Tuesday 23 December 2008

NASI PILAF & BERIANI KAMBING

nasip

kes boring n abih idea nak masak.. dah 2-3 kali aku wat nasi pilaf ni.. resepi aku amik kat kak pah.. senang tau wat nasi.. cenggini..

NASI PILAF

bahan:-

6 cwn basmathi
7 cwn air
sebiji bawang besar
butter secukupnya
rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga,cengkih)
sket garam
gajus n kismis ikut suka


cara2:-

tenggek kan periuk nasi letrik tu kat ats api.. bubuh butter secukup nya untuk menumis.. masukkan bawang besar yang dicincang.. masukkan jugak rempah tumis tu.. tumis hingga wangi.. masukkan beras yang telah dicuci n ditoskan.. masukkan perlahan supaya tak patah2 beras tu.. gaul rata seketika sblm memasukkan air supaya bila masak beras tu akan berderai.. then masukkan air.. letak sedikit garam sesedsap rasa.. kecebungkan je kismis n buah gajus kalau suka.. angkat periuk tu masukkan la kat base die balik.. jangan lupa on kan suis.. kang tak masak pulak nasi tu.. biar la sampai masak..

nasi ni best sebab die senang n sedap.. pastu rasa die ringan je.. tak la muak.. bleh makan banyak.. ahaha..


BERIANI KAMBING

ni dah penah masuk sini.. cuma aku buat sesimple mungkin.. sebab nak cepat.. cam ni ha...

Bahan2:-

  • 1 biji bawang besar bawang *digoreng.. n amik minyak nye nanti
  • 2 sudu minyak bawang goreng *hasil dari goreng bawang tadi ler..
  • 1 kg daging kambing
  • 5 sudu minyak sapi

Bahan yang kena blend:
  • 4 sudu Rempah Beriani mesia punye nih
  • 1/2 biji bwg besar
  • 5-6 ulas bwg putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 sudu tomato puree
  • 2 biji tomato
  • 1 cekak daun ketumbar
  • 1 biji capsicum
  • 3-4 sudu besar madu
  • bawang yg digoreng tadi
  • Garam/Gula secukup rasa

Cara-cara:

Blender semua ramuan tu.. tumiskan bahan blend ngan minyak sapi juga 2 sudu minyak bwg goreng. klau lebih pun tak pe.. masukkan daging kambing td. Masak sehingga mendidih dan daging masak. Selepas mendidih, kalo nampak mcm kurang minyak, tambahkan minyak bwg goreng. slow kan api n biar die lama sket.. Kbiar die btol2 masak.. untuk menaikkan seri lauk tu, boleh la letak cili hijau dlm 5-6 biji lagi. Masukkan bulat2 cenggitu je.Senang je kan..

No comments: